Persoalannya, bagaimana RCI ini boleh membawa manfaat kepada negara dan rakyat? Apakah hasil siasatan RCI ini akan dicontohi? Apakah tujuan sebenar RCI ini?
Apakah ini untuk menyamakan bahawa di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad juga ada skandal sebesar 1MDB, dan oleh kerana Tun Dr Mahathir terus kekal menjadi PM sehingga 2003, maka ia menjadi satu kewajaran untuk PM Datuk Seri Najib Razak untuk kekal berkuasa di sebalik skandal 1MDB yang memalukan Malaysia di peta dunia?
Jika kerajaan BN benar-benar ikhlas di dalam RCI ini, mereka harus mendedahkan laporan audit 1MDB terlebih dahulu yang telah diletakkan di bawah Akta Rahsia. Jika tidak, tujuan RCI ini hanya bersifat politik semata-mata kerana Umno melihat Bersatu sebagai ancaman di PRU14.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
22 Jun 2017
Timbalan Presiden PAS
22 Jun 2017

No comments:
Post a Comment